Saturday, 9 April 2011

Kerabu Kacang Botor dan Tomato




Hmmmm.....bestnye nak cubalah,apa lagi kawan-kawan jom cuba,,,,,,

Bahan-bahan:
1 ikat kacang botor - dipotong kecil dan dicelur
3 biji tomato - dibelah 2 dan hiris nipis
1/4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Ditumbuk halus:
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm halia
2 sudu besar udang kering
4 biji buah keras
5 tangkai cili api
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Kacang botor dan tomato digaul dengan bahan-bahan kisar.
2. Masukkan santan, kerisik, gula dan garam sebelum digaul hingga rata. Hidangkan.

Friday, 8 April 2011

Kuetiaw Hongkong

erm hari ini nak kongsi satu resepi dari Hong Kong.,,?yeke????

Bahan-bahan:
150 gm kuetiau
3 ekor udang saiz sederhana - dibuang kulit & kepala
60 gm sotong - dipotong
50 gm bawang besar - dibelah 6
60 gm cili benggala - didadu
20 gm kacang hitam yang diperap
1 tangkai cili merah - dipotong menyerong
20 gm bawang putih - dicincang
10 gm tepung jagung
3/4 cawan air rebusan ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara Menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan kuetiau. Goreng selama 3 minit dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
2. Masukkan sedikit lagi minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, udang, sotong, bawang besar dan kacang hitam. Goreng selama 2 minit dan masukkan air rebusan ayam, cili benggala, kicap pekat dan cili merah. Kacau hingga rata.
3. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah. Masukkan garam dan lada sulah, kacau hingga rata dan tuang ke atas kuetiau. Hidang panas-panas.

Sunday, 3 April 2011

Pengat Pisang




Erm....sedapnya, jomlahh cuba.....

BAHAN-BAHAN:
1 sikat pisang nipah (buang kulit dan potong kecil)
1 biji kelapa (ambil santan secukupnya)
100 gm gula melaka
50 gm biji sagu
50 gm bubur caca
Secubit garam
sehelai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan santan dan daun pandan. Renehkan di atas api yang
   kecil dan kacau selalu.
2.Kemudian masukkan biji sagu dan bubur caca ke dalam santan tadi.
3.Masukkan pisang, gula dan garam.
4.Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak hingga mendidih.



Thursday, 24 March 2011

Bergedil Tauhu



 Biasanyer kita makan bergedil jekan tapi kali...cubalah resepi istimewa...bergedil+tauhu...

Bahan-bahan:
5 keping tauhu - ditumbuk halus
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur ayam - dipukul
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam

Cara Menyediakan:
1. Gaul tauhu dengan udang kering, serbuk lada hitam, daun sup, daun bawang dan garam hingga sebati.
2. Kepal bulat-bulat, celup ke dalam telur dan goreng hingga kuning.

Wednesday, 23 March 2011

Petua Dapur


Dah penat cite sal masakan, nak ler cite ckit sal petua yang boleh diguna kalau kat dapur,,,,,,
Ulam kekal rangup
Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah
diangkat.

Nasi Udang Tumis Sayuran



Untuk pencinta sayur-sayuran,,,cubalah resepi nieee…..
Bahan-bahan:
270 gm air
3 cawan beras basmati
3 1/4 cawan air rebusan udang
2 cm halia - hiris panjang
1 ulas bawang putih - dihiris
2 labu bawang besar - dihiris
2 sudu besar mentega/minyak
2 helai daun pandan - simpul
1 biji lada benggala merah - potong dadu
1 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 tin cendawan butang
100 gm bunga kubis - potong kecil
100 gm brokoli - potong kecil
100 gm jagung muda - potong kecil
1 batang lobak merah - hiris nipis
300 gm udang
2 sudu besar bawang goreng

Cara Menyediakan:
1. Basuh beras, tuskan airnya.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar diikuti halia hingga wangi. Tuangkan air kulit udang dan biarkan mendidih. Masukkan daun pandan serta beras. Masak hingga hampir kering.
3. Sementara menanti nasi masak, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan udang, balik-balikkan sebentar sebelum dimasukkan cendawan dan sayur-sayuran yang dipotong kecil. Kacau sebentar, tutup api dan alihkan ke pinggan.
5. Apabila nasi hampir kering, masukkan tumisan sayuran bersama udang, kacau rata  dan tutup periuk kembali. Biarkan kering sempurna.
6. Apabila menghidang, taburkan bawang goreng.

Roti Kubur



 Huhuhu…dekat kubur pown ade roti jugak…,,,,

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
2 1/2 cawan air atau mengikut kesesuaian tepung
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Gula secukup

Cara Menyediakan:
1. Masukkan garam ke dalam air. Kacau hingga sebati.
2. Tuangkan air bergaram sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli hingga sebati. Jika keras, basahkan air di tangan dan uli lagi. Jika lembik pula, taburkan sedikit tepung dan uli hingga tepung lembut dan tidak melekat di jari.
3. Ambil sedikit doh, canai nipis kemudian terap bulat dengan mulut gelas.
4. Sapu sedikit minyak dan tekan lagi doh hingga benar-benar nipis seperti roti canai.
5. Goreng hingga kekuningan dan tuskan minyaknya sebelum ditaburkan gula di antara dua keping roti.

Acar Ikan Kering

Biasenyer orang buat acar pakai sayur-sayuran kan,,,tp kali nie pelik sikit…jom cuba….

Bahan-bahan:
200 gm ikan kering kurau - digoreng
1 biji timun - dipotong 4 cm, dibelah 6 dan dibuang biji tanpa buang kulitnya
10 ulas bawang merah - dibelah 2
10 ulas bawang putih - dibelah 2
4 cm halia - dimayang
4 tangkai cili hijau - dibelah 4
2 paket rempah kari daging
1 sudu besar jintan manis - disangai dan dikisar halus
1 sudu kecil biji sawi
1/2 cawan cuka
1 cawan air asam jawa
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil kapur sirih
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya

Bahan-bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara Menyediakan:
1. Timun, bawang merah, bawang putih, halia dan cili hijau direndam dengan air kapur selama setengah jam (sayur-sayuran mestilah tenggelam semasa direndam) kemudian dibilas dengan air bersih dan dituskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar dan juga kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji sawi dan buah pelaga. Kacau hingga baik baunya.
3. Masukkan rempah kari dan jintan manis yang dikisar halus. Kacau dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.Masukkan air asam jawa, cuka, garam dan gula. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ikan kering dan kacau. Bila kuah agak pekat, masukkan bawang putih, halia, cili hijau dan timun. Kacau dan angkat. (Jangan dibiar lama di atas api agar bahan kekal rangup).