Wednesday, 23 March 2011

Puteri Dua Sebilik

 
Resepi kedua ni memang best,,,,sebenarnya saya pown x pernah cuba lagi, baru jer nak try resepi nie…

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut hitam
2 keping gula kabung - dipotong empat segi kecil
3 cawan santan pekat
1/2 sudu besar tepung kanji
Sedikit gula pasir untuk tabur
Daun pisang  - dibentuk sampan

Cara Menyediakan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh seperti buah melaka. Bentuk bulat dan isikan dalamnya dengan sekeping kecil gula kabung.
2. Masukkan dua biji doh kecil ke dalam daun pisang.
3. Di dalam mangkuk lain, satukan santan dan tepung kanji. Kacau rata dan tuangkan ke dalam sampan daun pisang berisi doh pulut tadi.
4. Taburkan gula pasir dan kukus hingga masak.

No comments:

Post a Comment